HomeUtamaBanjir Sabah : 319 mangsa dipindahkan di tiga PPS

Banjir Sabah : 319 mangsa dipindahkan di tiga PPS

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di Sabah kembali meningkat apabila seramai 319 orang membabitkan 81 keluarga dipindahkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak dua daerah dilaporkan terjejas dengan bencana banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan itu, Kinabatangan merekodkan jumlah mangsa seramai 253 orang daripada 65 keluarga.

“Antara PPS yang dibuka di Kinabatangan adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau dan SK Bukit Garam masing-masing menempatkan 79 dan 174 mangsa.

“Manakala satu PPS di Keningau iaitu Dewan Koningau Majlis Daerah Keningau yang menempatkan 66 mangsa daripada 16 keluarga,” menurut kenyataan itu di sini.

Awal pagi tadi, Pegawai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Keningau Peter Jonu @ J.Moinjil mengisytiharkan daerah Keningau sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya hari ini. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Terlepas tali gantung, pemuda syukur dapat pulang beraya bersama keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular