HomeUtamaJKKK diingatkan jalankan amanah tanpa dibatasi fahaman politik

JKKK diingatkan jalankan amanah tanpa dibatasi fahaman politik

Read Time:1 Minute, 28 Second

Sipitang: Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin diingatkan perlu menjalankan amanah yang diberikan tanpa dibatasi fahaman politik demi kemajuan kampung dan kebajikan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, Pengerusi JKKK merupakan pemimpin penting di peringkat akar umbi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sebagai satu-satunya badan penting di peringkat kampung menjaga kemajuan dan keselamatan kampung.

“Justeru itu, mereka yang terpilih harus melaksanakan tugas dengan baik dengan mengikut apa yang telah digariskan dan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada 35 Pengerusi JKKK bagi DUN Sindumin di sini, hari ini.

Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, antara perkara-perkara yang harus dilaksanakan adalah mengadakan mesyuarat JKKK sebulan sekali dan mengadakan dialog dengan penduduk kampung bagi mendengar cadangan memajukan kampung.

Katanya, Pengerusi JKKK atau Setiausaha juga harus mahir menggunakan komputer atau komputer riba agar mudah untuk mereka membuat minit mesyuarat atau membuat surat permohonan dan sokongan.

Menurutnya, Pejabat ADUN Sindumin telah menyediakan komputer riba dan mesin pencetak kepada semua 62 JKKK untuk mereka mudah menjalankan urusan pentadbiran.

Dr Yusof berkata, beliau telah meminta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Sindumin untuk melaksanakan kursus kepada semua JKKK yang baru dilantik dan dilantik semula mengenai peranan dan tanggungjawab mereka agar dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Menyentuh mengenai lantikan Pengerusi JKKK yang baru, beliau berkata, ia dibuat menerusi nama-nama yang dicadangkan oleh Ketua-Ketua Bahagian Parti Komponen Gagasan Rakyat Sabah-Pakatan Harapan Plus bagi DUN Sindumin.

“Biarpun sebagai wakil rakyat mempunyai mandat untuk memilih, saya serahkan kepada parti komponen untuk mencadangkan nama-nama individu yang layak dan jika ada beberapa nama, barulah saya menggunakan mandat untuk memilih individu yang layak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular