HomeUtamaAplikasi digital mudahkan umat Islam baca, dengar ayat suci Al-Quran

Aplikasi digital mudahkan umat Islam baca, dengar ayat suci Al-Quran

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Konvensyen Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Sabah berupaya membuka pintu kesedaran khususnya umat Islam dalam menambah dan mencambahkan lagi kecintaan terhadap kalam suci Allah S.W.T

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia juga memberi ruang untuk umat Islam memahami maksud-maksud yang terkandung di dalam kalam suci Allah S.W.T.

“Lebih-lebih lagi, di zaman sekarang dunia yang semakin canggih dengan alat elektronik, dengan aplikasi Al-Quran digital yang ada pada masa kini, maka ianya lebih memudahkan kita untuk terus membaca mahupun mendengarkan ayat-ayat suci Al-Quran.

“Pengukuhan nilai sahsiah yang baik di dalam diri kita amatlah penting tanpa membezakan kedudukan, pangkat, mahupun latar belakang sosio ekonomi seseorang. Sesiapapun perlu mempunyai nilai sahsiah yang tinggi di dalam diri.

“Malah nilai yang paling agung adalah nilai yang diajar di dalam Al-Quran. Majlis ini bukan sekadar majlis mengalunkan bacaan dan menghafaz Al-Quran. Tetapi, lebih jauh daripada itu, kerana yang kita inginkan adalah meningkatkan penghayatan dan membudayakan kandungan Al-Quran baik di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Al-Quran sempena MTHQ Peringkat Negeri Sabah Tahun 1446H/2025M di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, perpaduan merupakan kekuatan umat Islam yang akan dapat memastikan mobilisasi sosial yang kukuh serta stabil.

Katanya, Ini memberikan dampak positif terhadap kemajuan negara termasuklah pengukuhan ekonomi dan pembangunan yang mampan, demi mencapai Misi dan Visi membangun masyarakat madani berteraskan Al-Quran.

“Saya yakin dan percaya,  dengan adanya majlis  seperti ini dapat memupuk lagi semangat serta kecintaan kita terhadap Al-Quran khususnya dalam kalangan anak-anak remaja zaman sekarang.

“Di samping itu ,ianya juga dapat membangun generasi Qurani yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Harun Ismail dilantik sebagai ahli CEO@Faculty Programme KPT UMS

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular