HomeUtamaMarah tidak diberi wang, anak ugut bakar rumah dipenjara 7 bulan

Marah tidak diberi wang, anak ugut bakar rumah dipenjara 7 bulan

Read Time:51 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang mengugut ibunya dengan ancaman untuk membakar rumah selepas tidak diberikan wang dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohammad Julkifli, 21, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya yang berusia 44 tahun, pada 16 Oktober 2024, kira-kira jam 12 tengah hari di Kampung Salangan, Lok Urai, Pulau Gaya.

Mohammad didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu membuat laporan polis pada 13 Oktober 2024 mengatakan dia telah diugut oleh anak kandung lelakinya.

Berdasarkan fakta kes, pengadu membuat laporan polis pada 13 Oktober 2024, mendakwa bahawa dia telah diugut oleh anak kandung lelakinya (tertuduh).

Siasatan mendapati bahawa tertuduh sering meminta wang daripada ibunya. Apabila ibunya tidak memberikannya wang, tertuduh terus memarahi dan mengugut ibunya dengan mengatakan bahawa dia mahu membakar rumah mereka.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basir, mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam warga Filipina mangsa bot karam diserah semula ke negara jiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular