HomeUtamaHarga lantai padi diselaras RM1,500 per tan langkah jangka pendek bantu pesawah

Harga lantai padi diselaras RM1,500 per tan langkah jangka pendek bantu pesawah

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Harga lantai belian padi yang diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 satu tan metrik berkuat kuasa esok merupakan satu langkah jangka pendek bagi membantu pesawah dalam menstabilkan industri padi dan beras negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi menampung kenaikan ini untuk tempoh enam bulan pertama.

“Kita baru mendapat penerangan daripada Menteri di Dewan Rakyat semalam mengenai kenaikan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 dan ini menunjukkan komitmen kerajaan yang mendengar keluhan pesawah serta pemain industri padi dan beras. Ini juga merupakan satu fokus utama bagi kerajaan dalam tahun ini. 

“Ini merupakan langkah jangka masa pendek di mana kerajaan prihatin terhadap permintaan yang disampaikan, dan peruntukan RM150 juta ini akan digunakan bagi menampung kenaikan kos untuk tempoh enam bulan pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 bersama warga kerja KPKM Sabah di sini semalam.

Arthur berkata, kerajaan juga akan menilai semula langkah itu selepas tempoh enam bulan sebelum membuat keputusan sama ada ia akan diteruskan dalam jangka masa panjang.

“Kita akan menilai keberkesanan langkah ini selepas enam bulan dan sekiranya ia memberi impak positif, usaha ini boleh diteruskan bagi jangka masa lebih panjang.

“Reformasi industri padi dan beras ini sedang berjalan, dan pengumuman ini adalah langkah awal sebelum penambahbaikan selanjutnya dilakukan sepanjang tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini memaklumkan harga lantai belian padi akan diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik berkuat kuasa Ahad ini.

Katanya, selaras dengan itu, harga beras putih tempatan di pasaran juga kekal pada RM2.60 sekilogram.

Menurutnya, pengekalan harga itu menyebabkan kerajaan perlu menanggung kos pengeluaran berjumlah RM150 juta bagi tempoh enam bulan ini.

“Dalam tempoh enam bulan ini, sebanyak 24 juta kampit beras 10 kilogram yang berharga RM26 akan berada di pasaran.

“Pengumuman ini diharap dapat memberikan solusi menang-menang kepada semua, bermula daripada pesawah, pengilang dan seterusnya pengguna.

“Kerajaan mengambil kepentingan semua pihak terutama penanam padi, pengguna serta pengilang, pemborong dan peruncit. Semua pihak kita harap dapat menikmatinya hasil daripada pengumuman dibuat kerajaan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Dr Jelani (kiri) dan Dr Romzi.
Utama

Hentikan pertikaian sambutan Hari Jadi TYT Sabah, demi imej institusi istana...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular