HomeIsu tempatanPasukan Bomba Sukarelawan perlu terus diberi latihan kecemasan

Pasukan Bomba Sukarelawan perlu terus diberi latihan kecemasan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Beaufort : Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) yang ditubuhkan perlu terus diberikan latihan secara berkala bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan dapat dilakukan segera apabila berlaku bencana.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, ini termasuklah mengenal pasti peralatan-peralatan yang mengalami kerosakan dan perlu diselenggara.

“Saya difahamkan ada terdapat PBS ditubuhkan di Pekan Weston ini yang sudah pun wujud mungkin dalam 10 tahun lalu, namun ada peralatan yang mungkin sudah rosak dan tidak diselenggara menyebabkan kesukaran untuk membantu kejadian kebakaran pada 12 Februari lalu.

“Justeru kita berharap agar PBS terlibat perlu mendapatkan nasihat daripada balai bomba daerah agar mereka turut dilengkapi peralatan dan kemahiran mengendalikan jika berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan ziarah mangsa kebakaran di Kampung Laut Weston di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya turut mencadangkan untuk menubuhkan lagi PBS dari kampung-kampung yang lain di kawasan DUN Lumadan.

“Selain kebakaran, mereka juga mungkin boleh berfungsi bagi membantu mangsa banjir dan perkara lain,” katanya.

Terdahulu, kejadian yang berlaku pada malam 12 Februari lalu itu telah memusnahkan dua buah rumah dan menjejaskan tiga keluarga.

“Syukur ke hadrat Ilahi, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden ini. Penduduk kampung dan PBS bertindak pantas menggunakan baldi bagi mengambil air serta bahan-bahan yang ada untuk memadamkan kebakaran sementara menunggu pihak bomba tiba. 

“Keadaan air pasang turut membantu dalam usaha mengawal api, namun tekanan air paip yang rendah sedikit sebanyak menyukarkan keadaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

57 pelajar tingkatan lima sertai Program Kelas Bimbingan STEM Living Lab...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular