HomeUtamaOperasi kesan lelaki hilang ketika memancing bersambung esok

Operasi kesan lelaki hilang ketika memancing bersambung esok

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh FLORIETA DIET

RANAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki berusia 30 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Sungai Gayo Nagas Ponulagon, Kampung Paus di sini akan bersambung esok.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib, mangsa dikenali sebagai Mokthar Azrin Amat masih belum ditemui sehingga jam 6 petang hari ini.

Operasi pencarian dibuat di sepanjang sungai dan juga bukit pada radius sepuluh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Pasukan SAR adalah terdiri daripada anggota BBP, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam dan juga orang kampung.

Ridwan berkata, mangsa dilaporkan keluar memancing pada 3 Februari lalu dan sepatutnya pulang pada 9 Februari.

“Pada 6 Februari, bapa mangsa telah menghubungi mangsa dan dimaklumkan akan balik pada 9 Februari namun sehingga 10 Februari mangsa masih belum pulang ke rumah. Keluarga mangsa telah mencari mangsa di lokasi memancing namun hanya motosikal mangsa yang ditemui. Keluarga mangsa telah melakukan pencarian di sepanjang Sungai Gayo Nagas Ponulagon namun mangsa gagal ditemui,” katanya.

Pada hari kedua SAR (13 Februari), pasukan SAR menemui mayat seorang lelaki di puncak bukit iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Namun setelah pengecaman dibuat oleh ahli keluarga pada 14 Februari mendapati, mayat itu bukanlah mangsa yang dilaporkan hilang.

Ridwan memberitahu bahawa sehingga kini, identiti mayat yang ditemui itu masih belum dapat dikenalpasti.

Katanya lagi, SAR akan disambung esok bermula jam 7 pag idan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Tambahan kouta data minimum 5GB diberikan sempena Aidilfitri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular