HomeUtamaIbu tunggal warga Thailand didenda RM3,500 kerana melacur

Ibu tunggal warga Thailand didenda RM3,500 kerana melacur

Read Time:52 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang ibu tunggal warga Thailand dijatuhi hukuman denda RM3,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas kesalahan pelacuran.

Tertuduh, Chuaeasatum Wanlaya, 40, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Chuaeasatum telah menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun di sebuah pusat urut di Warisan Square pada 14 November 2024, jam 9.13 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan dalam satu serbuan pihak berkuasa di premis berkenaan. Semasa pemeriksaan, tertuduh didapati dalam keadaan tanpa berpakaian sedang menawarkan khidmat “body ke body” kepada pelanggan.

Semasa membuat rayuan berhubung hukuman, peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili tertuduh meminta agar mahkamah mengenakan denda minimum.

Lim memaklumkan bahawa tertuduh telah ditahan reman selama empat hari.

Lim juga memohon agar tertuduh tidak dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana pasportnya masih sah.

Kes ini dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Inspektor Yusdi Basri.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua bangunan pusat cucian kereta musnah dalam kebakaran di Inanam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular