Kota Kinabalu : Sabah FC sekadar membawa pulang satu mata apabila terikat 2-2 dalam aksi bertemu Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.
Pada perlawanan malam tadi, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 2-1 di tangan pasukan pelawat pada babak pertama.
Jaringan penyamaan skuad Sang Badak itu dijaringkan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti Darren Lok dan menariknya Darren turut memberikan jaringan pendahuluan pada minit ke-19, juga menerusi sepakan penalti.
Sri Pahang pula bernasib baik dapat mengumpul dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Adam Nor Azlin pada minit ke-23 dan Kpah Sean Sherman pada minit ke-43.
Permainan agresif pemain Sabah menyebabkan Sri Pahang lebih banyak bertahan pada babak kedua berbanding pada separuh masa pertama yang menyaksikan pemain pelawat lebih banyak menyerang. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC