HomeUtamaCederakan ‘kekasih gelap’, dua wanita dikenakan PKW

Cederakan ‘kekasih gelap’, dua wanita dikenakan PKW

Read Time:57 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

TAWAU: Dua wanita yang terlibat dalam kes tular serangan terhadap warga asing berhubung skandal dengan suami orang bulan lepas, dikenakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Don Stiwin Malanjum memerintahkan Kartika Ridwan, 31, dan kakaknya, Kasmila Ridwan, 39, melaksanakan PKW empat jam sehari selama 30 hari.

Kartika dan Kasmila turut dikenakan bon RM1,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Majistret Don Stiwin Malanjum membuat keputusan itu selepas kedua-dua beradik tersebut mengaku bersalah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap mangsa yang berusia 29 tahun, di Flat Fajar, dekat sini, pada 31 Disember 2024, kira-kira 6 petang.

Kesalahan itu dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Awal bulan lepas, media melaporkan bahawa seorang penjual kosmetik, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suami salah seorang tertuduh, mengalami kecederaan akibat dipukul di lokasi kejadian.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua bangunan pusat cucian kereta musnah dalam kebakaran di Inanam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular