HomeSukanErik, Boniventure ungguli pertandingan catur 'DBKK Rapid Fide Rated'

Erik, Boniventure ungguli pertandingan catur ‘DBKK Rapid Fide Rated’

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Kakitangan Jabatan Lanskap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Erik Lampangau berjaya dinobatkan johan kategori terbaik DBKK pada pertandingan catur DBKK Rapid Fide Rated 2025 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Manggatal di sini semalam.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena sambutan Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu ke-25 itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah
Sektor Operasi Robert Lipon.

Kemenangan itu membolehkan, Erik membawa pulang hadiah berupa wang tunai; media dan sijil penyertaan.

Naib johan bagi kategori itu dimenangi kakitangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK Boniventure Laju Maligkam yang turut membawa pulang hadiah sama.

Bagi kategori terbaik veteran, ia dimenangi peserta mewakili Kota Kinabalu Abdolrashid R Paodak dan kategori terbaik wanita dimenangi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang Katherine Samantha Likoh.

Pada pertandingan itu, seramai 173 peserta telah menyertai pertandingan itu dengan menyaksikan peserta dari Sandakan berusia 67 tahun menjadi peserta paling tua menyertai selain peserta muda berusia lima tahun dari Semporna.

Dari jumlah yang menyertai, seramai 55 peserta menyertai kategori terbuka dan 118 peserta menyertai kategori bawah 18 tahun.

Terdahulu, kategori terbuka pertandingan itu dimenangi Mohd Faizal Roslan (Semporna); Naib Johan Abdul Sahim Wising (Kota Kinabalu) dan ketiga dimenangi Awang Mohd Syafie Mohd Kifflee (UMSKAL) – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah raih tempat ketiga dalam Kejohanan “Sanda King” Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular