HomeUtamaDua disahkan maut dalam kebakaran rumah di Kg Limbanak

Dua disahkan maut dalam kebakaran rumah di Kg Limbanak

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

((KEMASKINI)) PENAMPANG : Dua mangsa ditemukan maut dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah jenis separuh kekal di Kampung Limbanak di sini awal pagi Sabtu.(1 Mac)

Kebakaran rumah di Kg Limbanak awal pagi tadi.

Menurut Ketua Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tingalan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.26 pagi.

Seramai 13 anggota bersama jentera dikerahkan dan tiba di lokasi dalam tempoh 10 minit, dibantu enam anggota dari BBP Putatan.

Zeno berkata setibanya pasukan ke lokasi kejadian mendapati rumah berkeluasan 50×40 kaki itu terbakar sepenuhnya.

“Maklumat awal daripada orang awam mendapati terdapat tiga penghuni di dalam rumah ketika kejadian.

“Dua mangsa ditemukan meninggal dunia disahkan oleh Petugas KKM iaitu seorang mangsa wanita lingkungan 50 tahun dipercayai akibat renjatan elektrik manakala seorang lagi lelaki rentung di dalam rumah. Seorang lagi mangsa ketiga masih belum ditemukan dan operasi pencarian masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan sumber air terbuka dari anak sungai berhampiran.

Pasukan Unit Pengesan K9 turut dikerahkan bagi membantu pencarian mangsa yang masih hilang.

Selain JBPM, operasi ini turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 15 anggota, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dua anggota, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua anggota serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dua anggota.

Operasi pemadaman terkawal pada jam 4.31 pagi dan ditamatkan pada jam 8.15 pagi namun siasatan masih dijalankan untuk mencari mangsa ketiga oleh PDRM dan Bomba.

Maklumat terkini sehingga jam 2 petang tadi, pihak Bomba mengesahkan setelah unit K9 membuat pencarian tiada tanda mangsa ketiga berada dilokasi kebakaran.

Dua mangsa yang maut difahamkan pasangan suami isteri.

RELATED ARTICLES
Utama

Emelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular