HomeUtama'YB' pujuk murid kembali ke sekolah, mahu pendidikan jadi keutamaan

‘YB’ pujuk murid kembali ke sekolah, mahu pendidikan jadi keutamaan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Beaufort : Dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak di sini berjaya dipujuk untuk kembali bersekolah selepas sekian lama berhenti akibat kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Inisiatif membawa dua murid berusia 12 tahun itu dilaksanakan sendiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Atas keprihatinan itu, Ruslan hadir ke rumah ke dua-dua murid berkenaan dalam usaha memujuk dana murid berasal dari Kampung Kangsa itu bersetuju untuk kembali bersekolah bermula semalam.

Ruslan berkata, keputusan yang dibuat murid itu bukan sahaja membawa sinar baru dalam hidup mereka, tetapi juga menjadi bukti bahawa tiada anak harus tercicir daripada pendidikan.

“Semalam di SK Bangkalalak, saya menanti dengan penuh harapan, menyambut kehadiran dua permata kecil dari Kampung Kangsa iaitu Noraziah Talip dan Nurul Puteri Annisa Mat Jais. Ia bukan sekadar hari pertama mereka kembali ke sekolah, tetapi juga titik permulaan baharu dalam kehidupan mereka.

“Seawal pagi, saya sendiri berangkat ke rumah mereka di Kampung Kangsa. Saya ingin memastikan mereka tidak sekadar hadir ke sekolah, tetapi hadir dengan keyakinan dan harapan yang baharu.

“Saat saya tiba, mereka menyambut dengan wajah yang masih ragu-ragu, namun dalam mata mereka terselit keinginan untuk berubah,” katanya.

Justeru beliau berharap agar perjalanan pembelajaran murid berkenaan dipermudahkan dan memberi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak yang senasib.

“Kita semua bertanggungjawab memastikan tiada anak yang tertinggal dalam mengejar ilmu. Dengan pendidikan, mereka mampu mengubah kehidupan,” katanya.

Pada bulan lalu, Ruslan turut memujuk seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kampung Nabahan Weston untuk kembali ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK nafi keluarkan kompaun penggunaan beg plastik sekali guna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular