HomeUtamaPemimpin masyarakat perlu peka situasi banjir, pindahkan penduduk terjejas

Pemimpin masyarakat perlu peka situasi banjir, pindahkan penduduk terjejas

Read Time:1 Minute, 6 Second

Membakut : Semua pemimpin masyarakat terutama di daerah ini diminta untuk sentiasa peka terhadap situasi banjir yang berlaku bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin selain perlu dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penduduk yang terjejas turut dinasihatkan untuk berpindah jika keadaan tidak mengizinkan.

“Saya menyeru dan meminta kepada semua pemimpin masyarakat di kampung-kampung,  mana-mana penduduk atau rumah yang terlibat banjir ini yang perlu dipindah maka maklumkan kepada jawatankuasa ini.

“Jawatankuasa ini sentiasa siap-siaga dengan kenderaan untuk memindah mereka termasuk kenderaan di sungai dan sebagainya iaitu bot yang boleh membantu kita. Mudah-mudahan keadaan akan reda, surut dan kita akan pulih seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau dan melawat beberapa kawasan yang dinaiki air banjir sekitar daerah itu petang tadi.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut telah dipengerusikan pegawai daerah dan akan memaklumkan situasi banjir dari masa ke masa.

“Beliau akan memantau dan memaklumkan kepada penduduk yang terlibat.  Penduduk yang dipindahkan jangan risau, kita ada pusat pemindahan sementara yang kita sediakan dengan fasiliti yang cukup,” katanya.

Setakat jam 4 petang tadi, seramai 102 mangsa melibatkan 33 keluarga di Membakut telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kesenian Islam Membakut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan teguh perkasa perkhidmatan awam, pembangunan rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular