Putatan : Seramai 174 penerima terdiri daripada golongan memerlukan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di sini menerima sumbangan bantuan wakalah zakat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sumbangan bantuan yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas itu disampaikan Timbalan Pengerusi Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) Mohd. Isquzawan Israq Datuk Arsit.

Majlis penyerahan sumbangan turut dihadiri Pengarah Negeri SSM Sabah Mohd. Arif Hamzah.
Isquzawan berkata, pihaknya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pengurusan SSM negeri Sabah atas keprihatinan menyalurkan sumbangan berkenaan.

“Bantuan wang tunai tersebut adalah untuk membantu meringankan beban dan membuat persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Terima kasih kepada Pengarah SSM negeri Sabah Mohd Arif Hamzah diatas keprihatinan beliau serta UPPM DUN Petagas yang telah mengenal pasti golongan sasar,” katanya. – SABAH MEDIA