HomeUtamaBanjir di Sabah semakin buruk, lebih 1,000 mangsa dipindahkan

Banjir di Sabah semakin buruk, lebih 1,000 mangsa dipindahkan

Read Time:37 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila seramai 1,010 orang mangsa dipindahkan ke tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding 522 orang pada jam 4 petang tadi melibatkan Beaufort dan Membakut.

Di Beaufort, seramai 780 orang mangsa melibatkan 249 keluarga dipindahkan ke dua buah PPS iaitu di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Selagon dan Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir.

Manakala di Membakut, seramai 230 orang mangsa melibatkan 76 keluarga turut dipindahkan ke satu PPS iaitu di Dewan Kesenian Islam Membakut.

Sehingga laporan berita ini disiarkan, cuaca hujan masih dilaporkan berlaku di daerah berkenaan.- SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Warga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular