HomeUtamaKPT anjur 'Jom Masuk U' 2025 10 Mei ini

KPT anjur ‘Jom Masuk U’ 2025 10 Mei ini

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurlam Program Jom Masuk U 2025 selama dua hari bermula 10 Mei ini bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Komunikasi Korporat KPT Mohamad Hafizi Rosli berkata program bagi Zon Sabah II itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan maklumat pengajian di peringkat tertinggi.

“Pada ketika ini dari segi statistik kita dapat lihat mungkin sedikit penurunan dari segi jumlah pelajar yang masuk ke universiti, jadi kami membuat jerayawara ini untuk menerangkan kepada mereka dan memberi maklumat untuk mengetahui kursus ataupun bidang-bidang yang mereka boleh mohon selepas mendapat keputusan SPM.

“Di samping itu, sebanyak 20 universiti awam yang akan terlibat dalam program ini dan kita bawakan juga Politeknik dan Komuniti Kolej,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini baru-baru ini.

Hafizi berkata, program itu akan turut disertai Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta termasuk Universiti Limkokwing serta Universiti Taylor yang akan memberikan pencerahan kepada pelajar-pelajar berkenaan kursus dan bidang-bidang dengan kelayakan mereka.

“Oleh itu, kami juga mohon bantuan daripada Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah untuk menghebahkan di peringkat lokaliti dan membuat hebahan lebih meluas untuk mengajak orang ramai hadir bersama-sama dalam program ini.

“Kami mengharapkan jumlah pengunjung yang hadir ialah lebih 50,000 orang bagi program ini yang diadakan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad bermula 9 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Hafizi turut menjelaskan kunjungan tersebut bertujuan untuk mengadakan kerjasama strategik bersama JAPEN Sabah dalam acara dan program kementerian yang akan dianjurkan di Sabah.

“Jadi kami telah pun dapat persetujuan daripada JAPEN untuk mengadakan usaha sama termasuklah bagi pengurusan media dan jemputan media.

“Selain itu, peringkat kementerian akan mengadakan program berbuka puasa bersama rakan media yang akan turut bersama ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bagi menyantuni media dalam mengeratkan lagi hubungan antara KPT bersama JAPEN dan rakan media,”katanya.

Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut Ketua Seksyen dan Khidmat Pelanggan Eparizan Mansor, Pegawai Perhubungan Awam KPT Nur Fyrent Junaideh serta pegawai-pegawai kanan JAPEN Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 600 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Musa di Beaufort

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular