HomeUtamaMangsa banjir di Sabah meningkat lebih 4,000 orang

Mangsa banjir di Sabah meningkat lebih 4,000 orang

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa terjejas banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,122 orang di lima daerah pedalaman yang dilanda banjir setakat jam 8 pagi tadi berbanding 3,569 mangsa malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, daerah Beaufort kekal merekodkan jumlah paling ramai dengan 1,339 mangsa daripada 432 keluarga.

Selain itu, seramai 1,031 mangsa daripada 305 keluarga di daerah Sook, 872 mangsa daripada 293 keluarga di daerah Membakut , 743 mangsa daripada 276 keluarga di Tenom dan 137 mangsa daripada 51 keluarga di Keningau.

“Daerah Tenom adalah yang terbaru diisytihar kawasan bencana semalam selepas air Sungai Padas di daerah itu melimpahi tebing dan menenggelami puluhan kampung.

“Semua mangsa dipindahkan di 20 PPS yang dibuka di kelima-lima daerah selepas berlaku limpahan air sungai secara mendadak sejak Jumaat lalu berikutan hujan berterusan di kawasan pedalaman,” menurut kenyataan itu di sini.

Selain itu beberapa laluan menghubungkan puluhan kampung di kelima-lima daerah terjejas banjir juga tidak dapat dilalui selain menyebabkan memutuskan jalan perhubungan antara beberapa daerah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dzulkifli: Kuasa AMLA Wajar Diaktifkan secara agresif untuk Tangani Scam Berbilion...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular