HomeUtamaSPRM tahan pemilik syarikat, tuntutan palsu RM60,000 baik pulih PPRT

SPRM tahan pemilik syarikat, tuntutan palsu RM60,000 baik pulih PPRT

Read Time:48 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang pemilik syarikat pembinaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM60,000 berkaitan kerja baik pulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mwnurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah cawangan Tawau.

“Suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu yang tidak mengikut spesifikasi yang sebenarnya kepada sebuah agensi kerajaan negeri membabitkan kerja-kerja baik pulih empat buah rumah PPRT di salah satu daerah negeri ini dengan anggaran kos kira-kira RM15,000 bagi setiap rumah.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

“Suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

10 keluarga terjejas kebakaran terima bantuan MUIS, PBNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular