HomeUtamaPemberi maklumat akan memberi keterangan esok

Pemberi maklumat akan memberi keterangan esok

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Pemberi maklumat Albert Tei akan memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada jam 2 petang esok (12 Mac), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

“Dalam hal ini, kita juga akan memanggil Albert Tei untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan. Saya memberi jaminan bahawa siasatan yang adil dan profesional akan dijalankan dan tidak akan mengira sebarang latar belakang seseorang itu dan kita akan menyiasat mengikut undang-undang di negara ini,” katanya selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Albert Tei dipanggil memberi keterangan selepas Kumpulan hak asasi manusia, Lawyers for Liberty (LFL) menyerahkan bukti berkaitan skandal perlombongan di Sabah kepada SPRM hari ini.

Penasihat LFL, Latheefa Koya, berkata bukti berkenaan diterima daripada seorang pemberi maklumat dikenali sebagai Albert.

Beliau mendakwa Albert memberikannya video penuh, lengkap dan tidak disunting.

Beliau juga diberikan peranti sebenar yang digunakan untuk merakam video tersebut.

Usahawan berkenaan juga telah mendedahkan video baharunya berkaitan skandal Sabah dengan kandungannya memaparkan perbincangan melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya.

Sebelum ini, lapan video yang didedahkan oleh Albert Tei kononnya didakwa sebagai bukti salah laku rasuah beberapa pemimpin kerajaan negeri Sabah, disahkan telah disunting dan tiada kredibiliti untuk digunakan sebagai bukti dalam siasatan kes itu.

Sementara itu kes siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Azam menjelaskan bekas Perdana Menteri itu akan memberi keterangan pada 13 Mac ini.

Zaki berkata 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

Bekas perdana menteri kesembilan itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Feb lepas.

Pada 3 Mac lepas, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah “safe house” susulan serbuan dilakukan pihaknya.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular