HomeIsu tempatanUMS, KJKSB meterai kerjasama penyelidikan teknologi pencegah kebakaran bateri lithium ion

UMS, KJKSB meterai kerjasama penyelidikan teknologi pencegah kebakaran bateri lithium ion

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kejuruteraan Jutakaya Sdn. Bhd. (KJKSB) menandatangani Perjanjian Penyelidikan (RA) sebagai langkah strategik dalam pembangunan teknologi pencegah kebakaran bateri lithium ion. 

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly bersama Pengarah Urusan KJKSB, Raychell Martin.

 Rosalam berkata, perjanjian tersebut melibatkan geran padanan bernilai RM100,000 bertujuan membangunkan protokol dan teknologi inovatif untuk meningkat keselamatan bateri lithium ion yang digunakan secara meluas dalam kenderaan elektrik (EV).

“Kajian awal menunjukkan bahan pemadam api yang sedang dibangunkan berjaya memadam kebakaran bateri lithium ion dengan berkesan, dan ujian lanjut sedang dijalankan untuk menguji keupayaannya terhadap bateri pelbagai kapasiti tenaga.

“Perjanjian ini mencerminkan komitmen UMS dalam menerajui penyelidikan inovatif yang berpotensi memberi impak besar kepada industri dan masyarakat, sejajar dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi hijau dan keselamatan tenaga masa hadapan,” katanya.

Kerjasama penyelidikan itu diketuai oleh pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) UMS, Profesor Madya. ChM. Ts. Dr. Zuhair Jamain dengan sokongan pensyarah Fakulti Kejuruteraan UMS, Profesor Dr. Jidon @ Adrian Janaun. 

Majlis menandatangani perjanjian tersebut turut dihadiri oleh Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Dekan FSSA, Profesor Dr. Jualang @ Azlan Abdullah Gansau; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSSA, Profesor Ts. Dr. Rodeano Roslee serta Pengurus Besar KJKSB, Albert Lor Huai Yuan. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kolaborasi siswa UMS, UKM memangkin perubahan masyarakat di Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular