HomeUtamaRumah Terbuka Aidilfitri negeri Sabah 5 April ini

Rumah Terbuka Aidilfitri negeri Sabah 5 April ini

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Kira-kira seramai 20,000 orang pengunjung dijangka akan hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Sabah 2025 yang dijadual berlangsung pada 5 April ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, sambutan berkenaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Tahun ini kita menyasarkan seramai 20,000 pengunjung hadir ke sambutan pada tahun ini. Selain jamuan makan, turut diadakan adalah penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang upaya serta persembahan pentas.

Shahelmey Yahya

“Bersempena dengan itu, orang ramai dijemput untuk hadir dan memeriahkan sambutan ini nanti,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, tujuan kunjungan adalah bagi menjemput Tun Musa hadir ke majlis tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS), Datuk Ridhwan Roger Linus dan Timbalan Setiausaha Tetap II KKRS, Jasni Abu Suffyan Omar.

RELATED ARTICLES
Utama

Jurujual mengaku tidak bersalah guna wang palsu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular