HomeUtamaKes pergaduhan transgender, lima individu mengaku tidak bersalah merusuh

Kes pergaduhan transgender, lima individu mengaku tidak bersalah merusuh

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Lima individu dalam video tular yang memaparkan pergaduhan sekumpulan wanita transgender mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merusuh.

Kesemua tertuduh, yang kini berambut pendek, Aldimin Kasim, 25; Nikazwan Sharuddin, 25; Azmil Ali, 18; Steven Chin Ying Lok, 25; dan Junidi Joi Abdullah, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Kelima-lima tertuduh didakwa kerana menyertai kumpulan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mencederakan dua individu, seorang “trans wanita” dan seorang lelaki, masing-masing berusia 21 dan 35 tahun, dengan menggunakan kekerasan dan keganasan pada 25 Februari, kira-kira jam 12.21 tengah hari, di tepi Jalan Api-Api di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 April sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan.

Mahkamah melanjutkan jaminan untuk Junidi manakalau empat tertuduh lain yang tidak mempunyai pengenalan diri terus ditahan sehingga kes selesai.

Peguam Siti Mahsuri Dicky mewakili Aldimin, Azmil dan Steven, manakala Nikazwan diwakili oleh peguam Datu Baginda Laja. Junidi tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.

LINK BERITA TERDAHULU:

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir di Sabah semakin pulih, hanya 449 mangsa masih berlindung di...

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular