HomeUtamaKes pergaduhan tular, lima individu didakwa merusuh

Kes pergaduhan tular, lima individu didakwa merusuh

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Lima individu dalam video pergaduhan melibatkan sekumpulan “trans wanita” yang tular baru-baru ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan merusuh.

Tertuduh ialah Aldimin Kasim, 25; Nikazwan Sharuddin, 25; Azmil Ali, 18; Steven Chin Ying Lok, 25; dan Junidi Joi Abdullah, 26.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang dihadapkan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian melalui Zoom.

Kelima-lima tertuduh didakwa kerana menyertai kumpulan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mencederakan dua individu, seorang “trans wanita” dan seorang lelaki, masing-masing berusia 21 dan 35 tahun, dengan menggunakan kekerasan dan keganasan pada 25 Februari, kira-kira jam 12.21 tengah hari, di tepi Jalan Api-Api di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes bagi merekodkan pengakuan tertuduh.

Hanya Junidi, yang memiliki MyKad, dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin tempatan. Manakala, empat tertuduh lain yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri tidak dibenarkan diikat jamin dan akan terus ditahan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.

Hujung bulan lepas, beberapa klip video tular di media sosial mengenai pergaduhan sekumpulan individu dipercayai pondan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Kesemua tertuduh ditahan pada 26 Februari.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Nanas MD2 di Beaufort capai kejayaan eksport pertama ke Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular