HomeUtamaKePKAS pertimbang tetapkan had umur bagi pendaki Gunung Kinabalu

KePKAS pertimbang tetapkan had umur bagi pendaki Gunung Kinabalu

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan mempertimbangkan untuk menetapkan had umur bagi pendaki dalam usaha meningkatkan keselamatan di Gunung Kinabalu.

Menterinya Datuk Seri Christina Liew berkata ini adalah susulan kematian dua pendaki warga emas dalam awal tahun ini ketika berada di Gunung Kinabalu.

“Ia adalah sesuatu yang kita tidak mahu lihat berlaku. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, dan kami telah meminta Taman-Taman Sabah untuk mengikuti perkembangan kes ini.

“Saya faham beliau agak berumur, tetapi saya tidak mempunyai butiran lanjut. Saya akan berjumpa dengan pihak Taman-Taman Sabah dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi ‘iftar’ di Sutera Harbour di sini pada Isnin.

Turut Hadir Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmy Yahya dan isteri Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour Gerry D’Cruz.

Ketika ditanya adakah pendaki diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki, Christina menjelaskan bahawa pada tahun lalu, beliau telah melancarkan Pusat Latihan Ketinggian Gunung Kinabalu.
Taman-Taman Sabah adalah pihak bertanggungjawab mengendalikan pusat latihan itu termasuk penyediaan modul latihan, prosedur operasi standard (SOP).

“Dalam modul itu mewajibkan semua pendaki melakukan latihan dan melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki,” katanya.

Pada 25 Februari, seorang lelaki British berusia 70 an meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri semasa menuruni Gunung Kinabalu.

Lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak responsif pada jarak 8.2km, selepas Sayat-Sayat Checkpoint, beberapa meter dari puncak.

Manakala pada 9 Februari, seorang lelaki Malaysia berusia 65 tahun, yang sedang mendaki gunung bersama isterinya, meninggal dunia. Beliau dilaporkan telah pengsan di km 5.5 gunung tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar dijangka rasmi Pesta Kaamatan 2025 30 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular