Kota Kinabalu : Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Beaufort iaitu Dewan DSP Dun Banjir ditutup jam 9 pagi tadi dan semua mangsa yang mendiami PPS itu dibenarkan pulang.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata PPS terakhir itu ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman penduduk selamat untuk didiami.

“Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi dalam JPBD, maka saya mengisytiharkan bahawa semua PPS ditutup 9 pagi.
“Keadaan cuaca pagi ini mendung dan keadaan paras air semakin menurun dan normal,” katanya di sini hari ini. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH