HomeUtamaLebih 4,000 asnaf, KIR terima sumbangan sempena Ramadan

Lebih 4,000 asnaf, KIR terima sumbangan sempena Ramadan

Read Time:55 Second

Kuala Penyu:   Seramai 1,136 orang asnaf dan 3,324 Ketua Isi Rumah (KIR) sekitar daerah Kuala Penyu dan daerah kecil Menumbok menerima sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai sempena bulan Ramadan. 

Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kuala Penyu dan Menumbok di Masjid Nurul Hayat Pekan Kuala Penyu, di sini semalam.

Pada majlis itu, Limus juga menyampaikan sumbangan tabung kepada masing-masing 22 pengerusi masjid dan 22 pengerusi surau, di samping sumbangan kepada kakitangan JHEAINS Kuala Penyu dan Menumbok.

Turut disumbangkan, wang tunai kepada Pelajar Kelas Pendidikan Mualaf Kampung Menunggang, para pelajar Maahad Tahfiz Saad Abi Waqas Kampung Gorowot dan sumbangan pembinaan dapur Masjid Nurul Hayat Pekan Kuala Penyu.

Ketika berucap dalam program berkenaan, Limus turut meluluskan beberapa lagi permohonan masyarakat setempat  termasuklah sumbangan tangki air, meja serta kerusi pelajar dan peruntukan sambutan Hari Raya Aidilfitri pihak masjid.

Tidak ketinggalan, golongan kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah menerima duit raya daripada Limus.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh usaha lindungi beruang matahari Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular