HomeUtamaTunaikan Zakat Fitrah terus kepada MUIS

Tunaikan Zakat Fitrah terus kepada MUIS

Read Time:1 Minute, 20 Second

Putatan:   Umat Islam khususnya di negeri ini digesa untuk menunaikan zakat fitrah secara terus kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin berkata, MUIS bertanggungjawab untuk mengutip, mengawal dan menguruskan zakat dan fitrah serta mengagihkannya mengikut tuntutan syarak.

“Memang MUIS sentiasa memberi bantuan kepada rumah-rumah tahfiz, rumah-rumah anak yatim tetapi memang jumlahnya terhad sebab ramai.

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin

“Kita berharap dari tahun ke tahun, jumlah kutipan zakat ini meningkat kerana Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai, jadi kesedaran membayar zakat itu penting.

“Mungkin ada lagi mempunyai kepercayaan dengan memberi, membayar zakat kepada secara tradisi lama dan juga yang memberi kepada perseorangan. Ini bukan saya mengatakan tidak betul tetapi kita sudah ada satu institusi iaitu MUIS yang menjaga zakat, jadi kita kena salurkan kepada MUIS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim di kediamannya di sini semalam.

Dalam pada itu, Yahya turut menasihatkan umat Islam agar menunaikan zakat fitrah memandangkan Ramadan sudah masuk ke fasa pertengahan.

“Kita mahu lebih ramai umat Islam yang sedar dengan kewajipan untuk membayar zakat dan sekarang ini juga adalah masa kita membayar zakat fitrah. Jadi, sesiapa yang belum membayar,membayarlah sebab tidak lama lagi kita akan mengadakan Nuzul Al-Quran bererti kita sudah lebih separuh langkah dalam menjalankan ibadah puasa,” katanya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan duit raya kepada 100 anak-anak yatim dan peserta-peserta khatam Al-Quran serta bakul makanan.

Hadir sama, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali dan Ahli Majlis MUIS.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh usaha lindungi beruang matahari Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular