HomeUtamaLebih 1,000 penduduk berbuka puasa bersama Ketua Menteri

Lebih 1,000 penduduk berbuka puasa bersama Ketua Menteri

Read Time:46 Second

Tuaran : Lebih 1,000 penduduk Kampung Lok Batik hadir majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Masjid At-Taubah, Kampung Lok Batik, di sini baru-baru ini.

Majlis anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS)  itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Datuk Jasnih Daya dan Pegawai Daerah Tuaran  Herman Tunggiging.

Pada majlis itu, KYS turut menyampaikan sumbangan wang kepada golongan asnaf sebagai bantuan sempena Ramadan.

Selain itu, KYS turut menyalurkan sumbangan ke Masjid At-Taubah berupa wang tunai, set pembesar suara, penghawa dingin mudah alih, set jenazah, kipas, dan kurma untuk manfaat jemaah masjid.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan penyampaian sumbangan sebelum hadirin berbuka puasa bersama-sama dan diakhiri dengan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih berjemaah.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen KYS dalam mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat serta membantu golongan yang memerlukan, seiring dengan semangat kebersamaan dan kesejahteraan rakyat Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Utama

Alexander puji komitmen Sabah percepat projek Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular