HomeUtamaTiada prima facie, suri rumah bebas tuduhan edar 3.8kg dadah

Tiada prima facie, suri rumah bebas tuduhan edar 3.8kg dadah

Read Time:32 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang suri rumah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar 3.8kg syabu yang didakwa dilakukan pada 2019.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid membuat keputusan itu pada Selasa (18 Mac) selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Asmah Jinnur, 30, di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.

Asmah didakwa mengedar 3,829.09 gram syabu di sebuah rumah di Manggatal pada 23 Julai 2019.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Februari lalu, pihak pendakwaan telah memanggil empat orang saksi.

Asmah diwakili oleh peguam Dominic Chew Ban Huat.

RELATED ARTICLES
Utama

Kumpulan Kibing ambil 700 lagi pekerja rakyat Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular