Kota Kinabalu : Seramai 65 mangsa terjejas banjir melibatkan 18 keluarga di Beluran dipindahkan ke dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 9 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, proses pemindahan mangsa terjejas di Sandakan masih dijalankan dan jumlah mangsa akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Antara PPS yang dibuka di Beluran adalah di Dewan Kampung Balaban Jaya yang menempatkan seramai 20 mangsa melibatkan tujuh keluarga.
Sebuah lagi PPS yang dibuka adalah di Dewan Kampung Sungai Nangka yang menempatkan seramai 45 mangsa melibatkan 11 keluarga.

Dua lagi PPS di Sandakan iaitu di Masjid Nur Hidayah Kampung Garinono Batu 25 dan Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang turut diaktifkan dan proses pemindahan masih dijalankan. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH