HomeUtamaBanjir semakin buruk di Sabah, jumlah mangsa melebihi 1,000 orang

Banjir semakin buruk di Sabah, jumlah mangsa melebihi 1,000 orang

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat kepada 1,190 orang melibatkan 367 keluarga setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak enam buah daerah di negeri ini terjejas banjir dengan 10 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan.

Antara daerah terlibat adalah di Beluran; Sandakan; Paitan; Pitas; Kota Marudu dan Matunggong.

Daerah Kota Marudu menjadi antara daerah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 912 orang melibatkan 290 keluarga dan dua PPS turut diaktifkan.

Antara PPS yang diaktifkan di daerah itu adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK Bengkongan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

“Manakala di daerah Sandakan, seramai 132 mangsa melibatkan 32 keluarga dipindahkan ke dua buah PPS yang diaktifkan sejak semalam.

Antara PPS yang diaktifkan adalah di Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang dan Masjid Nurul Iman Kampung Pertanian.

Manakala di Beluran, seramai 92 mangsa melibatkan 26 keluarga dipindahkan ke dua PPS iaitu di Dewan Kampung Balaban Jaya dan Dewan Kampung Sungai Nangka.

Di Paitan pula, seramai 33 mangsa melibatkan 10 keluarga dipindahkan ke dua PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan Rumah Pengerusi JKKK Kampung Cocos.

Dua daerah lain iaitu Matunggong dan Pitas masing-masing merekodkan 11 dan 10 mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah berkenaan.

“Trend pemindahan mangsa banjir di daerah terlibat meningkat manakala dan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri Sabah sehingga 21 Mac 2025 melibatkan Pantai Timur dan Utara,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar ke Sabah hadiri Majlis Berbuka Puasa di Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular