HomeUtamaBeluran, Sandakan diisytiharkan kawasan bencana banjir

Beluran, Sandakan diisytiharkan kawasan bencana banjir

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Daerah Beluran dan Sandakan masing-masing diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air di paras bahaya ketika ini.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluran Roger Appolonius berkata, kawasan terlibat banjir adalah di Kampung Sungai Nangka dan Kampung Balaban.

Katanya, pengisytiharan itu dibuat pada jam 11 malam semalam.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Beluran melibatkan Kampung Sungai Nangka dan Kampung Balaban,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu juga, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Kampung Sungai Nangka dan Dewan Kampung Balaban.

Dalam pada itu, Pengerusi JPBD Sandakan Walter Kenson berkata, kawasan terlibat bencana banjir di Sandakan adalah di Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Pertanian bermula petang semalam.

Berikutan itu katanya, dua PPS turut diaktifkan di Masjid Nur Iman Sungai Memanjang dan Masjid Nur Hidayah Kampung Garinono Batu 25 Sandakan di sini.

Katanya, pengisytiharan banjir dibuat pada jam 6 pagi tadi. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

SEDIA pohon 14 projek di bawah Rolling Plan Pertama RMK13

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular