HomeUtamaRumah Mesra SMJ bertingkat dicadang dibina di Putatan

Rumah Mesra SMJ bertingkat dicadang dibina di Putatan

Read Time:1 Minute, 41 Second

Putatan : Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bertingkat antara 100 hingga 200 unit dicadang untuk dibina di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata,  ia adalah bagi mengatasi masalah tanah dihadapi pemohon rumah yang diinisiatifkan kerajaan Sabah itu.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan negeri meluluskan cadangan berkenaan yang dilihat mendapat permohonan yang tinggi daripada golongan berpendapatan rendah di Putatan namun ketiadaan tanah menyukarkan penduduk yang layak mendapatkan rumah berkenaan.

Oplus_131072

“Sekarang konsep Rumah Mesra SMJ ini adalah rumah sebuah, jadi kawasan di bandar dan pinggir bandar seperti Tanjung aru, Putatan, Luyang yang mana kawasan tanah untuk dibuat rumah menjadi satu kekangan.

“Di Putatan ini pula, ramai pemohon di kawasan Tanjung Keramat dan Petagas tetapi mereka tiada kemampuan untuk menyediakan tanah sebagai tapak Rumah Mesra SMJ itu.

“Jadi, adalah elok sekiranya kerajaan dapat mengenal pasti sebidang tanah yang boleh dibangunkan untuk konsep Rumah Mesra SMJ secara bertingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Masjid Daerah Putatan, di sini, semalam.

Sempena majlis yang dihadiri kira-kira 600 penduduk itu, Hajiji turut menyampaikan bantuan tunai kepada golongan asnaf dan menyempurnakan simbolik penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ kepada penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, berkata sejak 2022 sebanyak 61 unit Rumah Mesra SMJ sudah siap dibina dan diserahkan kepada pemiliknya, manakala 40 unit lagi dibina pada tahun ini di kawasan Tanjung Keramat.

Dalam pada itu, beliau kepadatan penduduk yang tinggi dengan populasi lebih 80,000 orang menjadikan Putatan antara kawasan kritikal di Sabah memerlukan perumahan baharu bagi memenuhi keperluan penduduk.

Katanya, bagi tujuan itu pihaknya melalui kerajaan negeri memohon pembinaan 1,000 unit projek Perumahan Rakyat Malaysia (PRM) di Lok Kawi, dekat sini.

“Kabinet negeri sebelum ini sudah menyatakan sokongan terhadap permohonan kita kepada kerajaan persekutuan untuk pembinaan projek Perumahan Rakyat Malaysia atau PRM. Kerajaan negeri menyokong untuk mendapatkan 1,000 unit yang akan dibina di Lok Kawi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SEDIA pohon 14 projek di bawah Rolling Plan Pertama RMK13

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular