HomeUtamaPIBG diminta manfaat inisiatif bantuan Kerajaan - Arif

PIBG diminta manfaat inisiatif bantuan Kerajaan – Arif

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Pihak sekolah khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diminta untuk memanfaatkan inisiatif bantuan yang disediakan Kerajaan negeri.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, ia termasuklah Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah (BAGUS) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH).

Katanya, bantuan seumpama itu berupaya memberikan peluang kepada pihak sekolah dan PIBG bagi  mendapatkan dana untuk melaksanakan program pendidikan yang bermanfaat dan berimpak positif.

“PIBG boleh memohon inisiatif ini yang dikenali sebagai BAGUS dan BISBAH yang diberikan setiap tahun bagi melaksanakan pembangunan kecil.

“Justeru pihak sekolah khususnya PIBG diminta untuk memohon dan memanfaatkan inisiatif ini dan berharap setiap permohonan dapat dipermudahkan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu (SMKAKK) di Dewan Ibn Taimiyyah SMKAKK  di sini hari ini.

Arif berkata, penglibatan PIBG dalam perkembangan pendidikan anak-anak amat penting dan menjadi satu platform terbaik untuk merancang inisiatif pembangunan murid serta sekolah, bagi meningkatkan kualiti pendidikan negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menjelaskan bahawa kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG turut berperanan besar dalam menangani isu banjir yang melanda sekolah-sekolah di Sabah, dan menyarankan agar persiapan awal dirangka bagi memastikan bencana berkenaan dapat ditangani dengan baik pada masa akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular