HomeEkonomiYTL Communications Pacu Transformasi Digital dengan Teknologi Awan AI dan Laser Tanpa...

YTL Communications Pacu Transformasi Digital dengan Teknologi Awan AI dan Laser Tanpa Wayar

Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: YTL Communications Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Equinix Inc. dan Transcelestial bagi memperkenalkan teknologi awan AI global serta komunikasi laser tanpa wayar di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee, kolaborasi ini bakal mempercepatkan penerimaan AI dan transformasi digital negara, selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara digital.

2 perjanjian yang ditandatangani bersama Presiden Equinix EMEA Bruce Owen dan
Ketua Jualan Transcelestial; Dinesh Kumaran, yang disaksikan oleh
Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dato’ Sri Dr. Chee Hong Leong, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications. Wing K. Lee

“Sebagai peneraju dalam teknologi 5G dan AI, kami sentiasa berusaha meningkatkan tahap kemajuan teknologi di Malaysia. Kerjasama ini akan mempercepatkan penerimaan AI dan transformasi digital negara dengan melengkapkan perniagaan dengan ketersambungan bertaraf dunia dan infrastruktur lestari,” kata Wing K. Lee.

Teknologi CENTAURI daripada Transcelestial bakal meningkatkan ketersambungan tanpa wayar berkapasiti tinggi tanpa kabel fizikal. Menurut CEO Transcelestial, Rohit Jha, teknologi ini berpotensi mempercepatkan akses internet berkelajuan tinggi di kawasan sukar dicapai.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Jualan Asia-Pasifik Equinix, David Bate, berkata bahawa kerjasama ini bakal menyediakan perniagaan dengan akses ekosistem awan dan AI global, yang mampu memperkasakan operasi perniagaan dengan rangkaian yang lebih bersepadu dan pantas.

Kolaborasi ini juga akan memastikan penggunaan teknologi hijau dan lestari dengan memanfaatkan pusat data yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh diperbaharui di Taman Pusat Data Hijau 500MW YTL. Ini selari dengan visi YTL Communications untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar.

Kerjasama ini adalah langkah strategik untuk menyokong agenda transformasi digital Malaysia dengan memperkasakan perniagaan melalui teknologi AI dan ketersambungan canggih.

RELATED ARTICLES
Utama

Padah ugut isteri, suami dipenjara lapan bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular