HomeUtamaWarga asing dipenjara lapan bulan miliki motosikal curi

Warga asing dipenjara lapan bulan miliki motosikal curi

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang warga asing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi.

Mohd Sadik Salleh, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh telah memiliki motosikal curi milik seorang lelaki, pada 16 Mac sekitar jam 5.50 petang di kawasan lapang Kampung Numbak, Alamesra.

Menurut fakta kes, pemilik motosikal membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya pada 6 Mac sekitar jam 12.24 tengah hari.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada hari yang sama sekitar jam 6 pagi di belakang Restoran Nishran, Inanam Taipan.

Pemilik motosikal yang tidur di kaki lima kedai akibat mabuk tersedar bahawa beg silangnya telah hilang. Dia kemudian menyedari kunci motosikal yang disimpan dalam poket seluar turut tiada, sebelum mendapati motosikalnya telah dicuri dari Kawasan tempat letak kenderaan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Sadik, yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 600 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Musa di Beaufort

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular