HomeIsu tempatan30 asnaf terima bantuan kewangan KYS

30 asnaf terima bantuan kewangan KYS

Read Time:50 Second

Kota Belud : Seramai 30 orang asnaf sekitar
Kampung Menunggui, di sini menerima bantuan berupa kewangan yang disalurkan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Bantuan yang disampaikan pada Majlis Berbuka Puasa KYS bersama penduduk kampung itu turut dihadiri seramai lebih 150 orang penduduk.

Majlis yang berlangsung di Masjid Al Hadhari ini turut dihadiri oleh Pengerusi Simen Sabah, Datuk Japlin Akim serta Ketua Penyelarasan Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail .

Bantuan sumbangan berupa kewangan itu adalah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping bantuan kepada Masjid Al Hadhari.

KYS dalam kenyataan memaklumkan, sumbangan itu mencerminkan komitmen KYS dalam membantu golongan yang memerlukan serta mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Dr. Japran Kusin.

Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih berjemaah serta bacaan Khatam Al-Quran.

Penganjuran program ini sejajar dengan usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam membangun masyarakat yang prihatin dan memperkukuh hubungan silaturahim di antara institusi dan komuniti setempat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

70 ibu tunggal, warga emas terima bantuan bakul makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular