HomeUtamaMangsa sindiket penipuan pekerjaan kembali ke pangkuan keluarga

Mangsa sindiket penipuan pekerjaan kembali ke pangkuan keluarga

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dari Keningau, yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan, selamat kembali ke pangkuan keluarganya pada malam Sabtu (29 Mac).

Lelaki berkenaan, Grayson, 25, disambut oleh keluarganya dan Ketua Pegawai Operasi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabanga Malaysia (MHO) Sabah Kapten Jerry Jaimeh, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas tiba dari Kemboja.

Menurut Jerry, MHO telah melancarkan operasi menyelamat yang diketuai oleh Ketua Pasukan Penyelamat MHO, Azrul Syafiq, selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa pada 26 Mac lalu.

Pihak MHO segera berhubung dengan keluarga mangsa dan pihak Kedutaan Malaysia di Kemboja untuk mendapatkan maklumat lanjut, dan mangsa akhirnya dibebaskan pada awal pagi 29 Mac.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam operasi menyelamat ini, termasuk Kedutaan Malaysia di Kemboja, kerajaan Malaysia, serta badan-badan bukan kerajaan di Kemboja,” kata Jerry.

Jerry berharap agar rakyat Sabah mengambil ikhtibar daripada kes ini agar tidak mudah tertipu dan diperdaya dan diperdagangkan di negara luar.
“Kita sedar sekarang ni, sasaran mereka adalah penduduk-penduduk yang berada di pedalaman, luar bandar Sabah,” katanya.

Sementara ibu mertua mangsa, menjelaskan buat masa ini, menantunya akan berehat bersama keluarga sebelum merancang untuk bekerja.

Grayson, yang masih trauma, belum mampu menceritakan kejadian yang berlaku kepadanya.

Namun dia menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan luar negara dengan gaji yang lumayan.

Mangsa tersebut telah meninggalkan isteri dan bayi lelaki berusia tiga bulan di Sabah selepas diperdaya dua rakannya pada 6 Mac lepas.

Keluarga mangsa hanya mendapat maklumat yang mangsa berada di Kemboja dipercayai diculik pada 22 Mac dan sindiket meminta AS7,000 sebagai wang pampasan kontrak pada 23 Mac lalu.

RELATED ARTICLES
Dr Jelani (kiri) dan Dr Romzi.
Utama

Hentikan pertikaian sambutan Hari Jadi TYT Sabah, demi imej institusi istana...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular