HomeUtamaStor penyimpanan sebuah restoran terbakar di Inanam

Stor penyimpanan sebuah restoran terbakar di Inanam

Read Time:44 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Stor penyimpanan Restoran Taufiq di Inanam, dekat sini, mengalami kebakaran kecil pada awal pagi Selasa (1 April).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Agustavia Joe Guasi, berkata stor restoran itu yang terbakar sepuluh peratus berjaya dipadamkan oleh pekerja restoran menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 46 tahun yang mengadu sesak nafas akibat kejadian tersebut. Mangsa diberikan rawatan oleh pasukan perubatan kecemasan, namun mangsa menolak untuk dihantar ke hospital,” katanya.

Tambahnya, BBP menerima panggilan kecemasan pada jam 01:07 pagi dan tiba di lokasi kejadian dalam tempoh lima minit.

Seramai sepuluh anggota bomba terlibat dalam operasi ini dengan bantuan dua jentera. Pasukan polis turut berada di lokasi kejadian untuk memastikan keselamatan kawasan tersebut.

“Operasi tamat pada jam 01:19 selepas tiada sebarang ancaman kebakaran lanjutan di lokasi kejadian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SOGIP buka peluang pekerjaan besar kepada anak muda Sipitang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular