Oleh FLORIETA DIET
KINABATANGAN: Sejumlah 23 buah keluarga mangsa banjir di Kampung Pengkalan Bukit Garam dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Garam selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir pagi tadi (4 April).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Penolong Penguasa Bomba N. Azlan Shah Jamalludin berkata, bilik Kawalan BBP Kinabatangan menerima panggilan pada jam 8.51 pagi memaklumkan terdapat beberapa buah rumah di kampung berkenaan telah dinaiki air.
“Setakat jam 4 petang tadi, pasukan BBP berjaya memindahkan 23 buah keluarga PPS SK Bukit Garam.
“Pemantauan keadaan banjir dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.
Tambahnya lagi, seramai lima anggota terlibat memindahkan mangsa dengan melibatkan sebuah jentera FRT dan sebuah VIGO.