Kota Kinabalu : Seramai 127 mangsa terjejas banjir melibatkan 29 keluarga di Kinabatangan masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang diaktifkan sejak Rabu lalu itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam Kinabatangan.

“Jumlah mangsa dipindahkan adalah meningkat berbanding 114 orang yang direkodkan pada jam 8 malam semalam,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Kinabatangan sebelum ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada Rabu lalu selepas beberapa kawasan di Bukit Garam Kinabatangan dinaiki air banjir. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH