HomeUtamaHalang polis tangkap suami, wanita didenda RM3,000 atau penjara 6 bulan

Halang polis tangkap suami, wanita didenda RM3,000 atau penjara 6 bulan

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Niat seorang isteri mempertahankan suaminya daripada ditahan polis membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Noor Fatimah Opau, 33, mengaku bersalah menghalang penjawat awam iaitu pegawai polis dalam menjalankan tugasnya di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Tertuduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 11.35 malam pada 5 April di University Condo Apartment 1, Jalan Sulaman.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ketua pasukan serbuan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis serta menyatakan tujuan kehadiran mereka kepada penghuni rumah iaitu tertuduh.

Namun tertuduh enggan membenarkan pasukan serbuan memasuki kediamannya bagi membuat tangkapan terhadap suaminya. Malah, tertuduh turut merakam video menggunakan telefon bimbit dan bertindak memprovokasi pasukan serbuan.

Walaupun amaran telah diberikan sebanyak tiga kali agar tidak menghalang tugas pegawai polis, tertuduh masih enggan beri kerjasama. Tertuduh juga telah menolak salah seorang anggota pasukan serbuan bagi mengelakkan tangkapan dibuat.

Tindakannya itu akhirnya membawa kepada penahanan beliau di lokasi kejadian kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Semasa rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam Noor Fatimah yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan panik ketika kejadian berlaku.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri.

RELATED ARTICLES
Utama

Suami didakwa bunuh isteri mengaku tidak bersalah, perbicaraan Julai ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular