HomeUtamaLelaki warga asing ditangkap orang awam disyaki cuba rogol kanak-kanak

Lelaki warga asing ditangkap orang awam disyaki cuba rogol kanak-kanak

Read Time:46 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAWAU: Seorang lelaki warga asing disyaki cuba merogol kanak-kanak perempuan berjaya ditangkap oleh orang awam di Kampung Tanjung Batu Darat, di sini, pada Isnin.

Suspek berusia 31 tahun itu diserahkan kepada anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) selepas aduan dibuat kira-kira jam 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata polis menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang ditangkap oleh orang awam berkenaan kes rogol.

Katanya, pasukan unit MPV yang sedang dalam tugas rondaan terus digerakkan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, namun tiada barang salah ditemukan bersama suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek terbabit kemudian ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara empat tahun salah guna kad ATM biras lesapkan RM10,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular