HomeUtamaEnam anggota tentera bebas tuduhan bunuh rakan sekerja

Enam anggota tentera bebas tuduhan bunuh rakan sekerja

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini membebaskan enam anggota tentera yang didakwa atas tuduhan membunuh rakan sekerja mereka yang berusia 26 tahun, lima tahun lepas.

Kesemua tertuduh iaitu Mohamad Zaki Gusam, 31, Mohd Farhan Mohd Fudzi, 33, Mohamad Faeszudin Mohamad Jaes, 34, Mohammad Hasrul Faiz Mustaffa, 35, Mohd Borhan Zakaria, 36, dan Muhammad Nazri Mohd Kahar, 29, dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ismail Brahim yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Perbicaraan yang bermula pada 16 Mac 2023 menyaksikan pihak pendakwaan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan sebelum menutup kes pada 17 Januari lalu.

Kesemua tertuduh yang berasal dari Semenanjung didakwa secara bersama membunuh Muhammad Faiz Harun, 26, di Pos Mapan-Mapan, Kampung Mapan-Mapan, Pitas antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi pada 22 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Peguam Hamid Ismail mewakili Mohamad Zaki, Mohd Farhan dan Mohammad Hasrul, manakala tiga tertuduh lain diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani dan Lovely Natasya Charles.

RELATED ARTICLES
Utama

Emelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular