HomePolitik"Kalau hanya mampu bersuara di media sosial, lebih baik jadi influencer" –...

“Kalau hanya mampu bersuara di media sosial, lebih baik jadi influencer” – Tang sindir Calvin

Read Time:1 Minute, 38 Second

SANDAKAN: “Kalau hanya mampu bersuara melalui media sosial, lebih baik jadi influencer sahaja.”

Itu sindiran tajam Naib Ketua Pemuda DAP Kebangsaan merangkap Naib Ketua Pemuda DAP Sabah, Tang Szu Ching, terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun, yang didakwa gagal menunjukkan konsistensi sebagai wakil rakyat pembangkang yang konstruktif.

Tang berkata, adalah mengecewakan apabila Calvin tidak mengemukakan sebarang soalan atau pertanyaan kepada Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, berkenaan pelan kilang pemasangan kereta elektrik di Sandakan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah minggu ini.

“Beliau pernah mencadangkan agar pelaburan kilang ini dipindahkan dari Sandakan ke Kota Kinabalu, namun kenyataan itu dibuat tanpa bukti kukuh dan pemahaman yang menyeluruh terhadap pelan tersebut. Akibatnya, ia menjejaskan kepentingan rakyat Sandakan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tang, sebagai wakil rakyat kawasan, Calvin sepatutnya menggunakan segala saluran yang ada untuk memperjuangkan pembangunan di Sandakan, bukannya menolak peluang ke bandar lain hanya kerana ingin menonjolkan diri sebagai pembangkang yang lantang.

Tambah beliau, kegagalan Calvin untuk membangkitkan isu kilang tersebut dalam sidang DUN terbaru ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan dan niat sebenar beliau.

““Adakah beliau kini sedar kenyataannya dahulu tidak wajar, sebab itu beliau memilih untuk tidak mengangkat isu ini dalam sidang DUN? Ataupun isu tersebut sudah dianggap basi dan tidak lagi mampu memberi publisiti kepadanya, maka sebab itu tidak dibangkitkan?” soal Tang.

Beliau berkata, sekiranya benar Calvin mempunyai keraguan terhadap pelaburan tersebut, sepatutnya beliau menggunakan pentas DUN untuk mendapatkan penjelasan terus daripada menteri berkaitan.

“Wakil rakyat dipilih melalui undi rakyat untuk membawa suara mereka ke Dewan dan memperjuangkan isu secara tuntas bukannya sekadar mencipta sensasi dalam talian,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tang turut menggesa Calvin agar menjadi contoh yang baik kepada rakyat Sandakan dengan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan berfakta.

“Banyak projek sedang berjalan, namun beliau memilih untuk mengabaikan semua itu dan hanya fokus kepada perkara yang boleh mencetuskan perhatian demi agenda sendiri, sekali gus mengelirukan rakyat,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemuda Gagasan Rakyat Tanjung Keramat sokong penuh seruan Pengerusi GRS untuk...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular