HomeUtamaKerajaan negeri sumbang RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu

Kerajaan negeri sumbang RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu tahun ini, meningkat berbanding RM100,000 pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan itu kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) selaku penganjur anugerah itu pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini malam ini.

Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata, Majlis Hari Raya Aidilfitri itu dihoskan khas oleh Ketua Menteri khusus untuk para pengamal media.

Katanya, Hajiji dan Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan kerjasama pihak media, yang terus memberi sokongan dan membantu melaporkan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, sambutan tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya, kerana ia diadakan di Menara Kinabalu yang mempunyai dewan yang cantik dan indah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

RELATED ARTICLES
Utama

Suami didakwa bunuh isteri mengaku tidak bersalah, perbicaraan Julai ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular