HomeUtamaSambutan Hari Bumi Tuaran diadakan Selasa ini

Sambutan Hari Bumi Tuaran diadakan Selasa ini

Read Time:1 Minute, 14 Second

Tuaran : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran akan menganjurkan Sambutan Hari Bumi Tuaran yang akan diadakan pada Selasa ini.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Ia akan diisi dengan aktiviti penanaman pelbagai anak pokok, pertandingan melukis poster,  dan pameran berkaitan alam sekitar. 

Aktiviti penanaman benih pokok diadakan serentak melibatkan kira-kira 29,000 pelajar sekolah rendah dan menengah meliputi enam Zon di seluruh daerah Tuaran. 

Antara lokasi penanaman termasuklah di tebing-tebing sungai serta kawasan – kawasan yang berisiko mengalami hakisan dan tanah runtuh termasuk di kawasan persekitaran sekolah.

Sambutan Hari Bumi ini turut menyasarkan dua ciptaan rekod untuk dimasukkan ke Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu penanaman pokok Baccaurea Lanceolata (Liposu) terbanyak iaitu    melebihi 8,800 pokok. 

Sebuah lagi rekod yang ingin dicapai adalah  penanaman pokok Liposu secara serentak oleh 87 buah sekolah rendah dan menengah Daerah Tuaran di lokasi masing-masing.

Selain sebagai sebuah usaha untuk menyemarakkan sambutan Hari Bumi, program ini juga diadakan bagi memberi kesedaran peri pentingnya penanaman pokok bagi menjaga ekosistem alam semula jadi sekali gus mampu bertindak sebagai tebatan banjir yang lestari dan berkesan.

Majlis perasmiannya akan disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia,  Dato’ Sri Huang Tiong Sii di Pusat Kokurikulum Sabah Kem Malangang Kiulu. 

Dijadual hadir sama, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular