HomeSukanLiga Super : Sabah FC bermain tanpa tonggak utama bertemu Perak FC...

Liga Super : Sabah FC bermain tanpa tonggak utama bertemu Perak FC esok

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Beberapa pemain utama Sabah FC dijangka tidak dapat diturunkan bagi menghadapi perlawanan terakhir Liga Super musim ini bertemu Perak FC malam esok di Stadium Likas di sini.

Pengendali Sabah FC Martin Stano berkata, ia berikutan beberapa pemain mengalami kecederaan selain digantung perlawanan.

Justeru itu kata, beberapa pemain muda akan diberikan peluang bagi menunjukkan kemampuan mereka pada perlawanan esok.

“Ini peluang mereka untuk tunjukkan karakter dan kualiti, mungkin juga sebagai persiapan untuk musim akan datang,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Martin turut menyeru para penyokong untuk hadir memberikan sokongan pada perlawanan terakhir musim ini di laman sendiri.

“Ini seperti perlawanan perpisahan musim ini. Kami mengajak semua penyokong untuk hadir dan beri semangat kepada pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, Martin berkata, pasukan kendaliannya sedia menamatkan kempen dalam saingan liga musim ini apabila berjaya mencapai sasaran menamatkan saingan di tempat ketiga.

Katanya, musim kali ini disifatkan sebagai antara yang paling panjang, bermula sejak separuh akhir Piala AFC tahun lalu.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian tempat ketiga. Ini adalah musim yang amat panjang untuk kami dan kami bersedia menamatkannya dengan baik,” katanya.

Sabah FC mencatatkan kedudukan tiga teratas dalam Liga Super untuk tiga musim berturut-turut. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Makluman laluan larian dan penutupan jalan bagi acara Borneo International Marathon...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular