HomeUtamaMutiara-GRS terus prihatin terhadap PPDK di negeri ini.

Mutiara-GRS terus prihatin terhadap PPDK di negeri ini.

Read Time:1 Minute, 11 Second

Tuaran: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) terus memberi perhatian penuh kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di negeri ini.

Yang Dipertua badan amal itu Datin Seri Juliah Salag berkata, MUTIARA-GRS juga terus komited untuk menyantuni mereka yang kurang berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap daerah.

“Ini memberi semangat kepada saya dan semua ahli kami untuk menyantuni orang-orang yang kurang berkemampuan dan yang kurang upaya di setiap daerah dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya juga berharap  setiap PPDK di daerah seluruh negeri memberikan tumpuan sewajarnya kepada persatuan di daerah masing-masing agar anak-anak ini tidak terbiar dan ada tempat untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPDK Tuaran di sini baru-baru ini.

Juliah yang juga Penaung PPDK Tuaran turut menzahirkan penghargaan dan rasa bangga kepada warga PPDK Tuaran, apabila dimaklumkan salah seorang pelajar PPDK Tuaran berjaya memperoleh keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada dua tahun lalu dan salah seorang lagi, berjaya merangkul pingat dalam Sukan Paralimpik di Sarawak.

Dalam majlis itu, Juliah turut  menyantuni dan menyampaikan duit raya kepada para pelatih PPDK Tuaran yang berusia antara empat hingga 39 tahun

Hadir sama,  Naib Yang Dipertua merangkap Pengerusi Biro Kebajikan Datin Seri Panglima Linda Ewit, Penolong Setiausaha Kehormat Datin Nurul Ililiyana@Doris Joprit dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar.

RELATED ARTICLES
Utama

KESUMA sasar 2 juta keanggotaan kesatuan sekerja menjelang akhir tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular